CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 29, 2008

SEJARAH AYAT KURSI

Wallahualam..
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanyajuga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan
membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya
dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta
terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu
Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya
sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,
InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud: And here is the rest of it.
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jinterbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan diake atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukurperbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah
azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti
orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang
siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah
berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. ,
Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT....

Air Masin VS Air Tawar


Perhatikanlah....air masin dan air tawar
berlawanan...tidak bercampur...
Subhanallah....

Kes Rebut Anak!

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

Kadi tanye kat pompuan tu... .
"kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?

Pompuan tu jawab,"saya yang mengandungkan anak tu.saya yang melahirkan anak tu.dia keluar dari perut saya"

Kadi pun tanye si jantan...
"hah... kamu... .bagi alasan kenapa anak tu, kamu yang patut bela"
"tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pastu saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"
jawab kadi, "hak kamu le.."
jantan tu kata lak,"hah! sama le kes ni pun... Kan tuan, kan... kan? "

Friday, March 28, 2008

Tanda Tarikh Lahir

Click to get cool Animations for your MySpace profile

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun
dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir
tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang
tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius
terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia
sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.
2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.
4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.
5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.
6. Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam Kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.
11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.
12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara

Rahsia Jenis Darah

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga seringbersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerj berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifatc emburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius di dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri muagar tidak dikuasai dengan tekanan.
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekelilingmu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama denganmu Sikap sensitif, sabar dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apajua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dantidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buatdiri mu dan sekaligus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamuharus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secarabersendirian.
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekelilingmu berasa selesa untuk berdampingan denganmu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaikidalam diri kamu itu.Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

Khas Buat Wanita

Click to get cool Animations for your MySpace profile

Yang mana menggambarkan diri anda ?.........
WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari). *seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal. *Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material. *Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan. *Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang. *Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan sederhana. *Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.
WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember). *Dilahirkan sebagai pemimpin *Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar. *Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu. *Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. *Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris. *Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. *Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari). *Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. *Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. *Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. *Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. *sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi. *Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. *Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.
WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac). *Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju. *Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati. *Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. *Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.
NASIHAT YANG. AMAT BERGUNA UNTUK WANITA & UNTUK PENGETAHUAN KAUM LELAKI JUGA.
*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan. *Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. *Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan. *Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. *Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain. *Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya. *Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia.Karena di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang. *Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Tanda Kalimat Allah





Burung Cenderawasih






Luasnya NERAKA!

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!
Sahabat semua...bacalah....Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer.. x smp 5 minit..pun!!! YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH. Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN..... .: Luasnya Neraka :.Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam.'Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?' Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?' Jawab Jibrail:'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.' Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dansesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?' Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.' Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyangselalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikatMudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Dari Abdullah bin 'Amr R.A,Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!---Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP .Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?' Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :- 1. Para Nabi2 Para Ahli Jihad3. Para Alim Ulama4. Para Syuhada 5. Para Penghafal Al Quran6. Imam atau Pemimpin yang Adil7. Tukang Azan8. Wanita yang mati kelahiran/beranak 9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: ' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud : 'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.' * Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Tanda-tanda menuju mati


TANDA 7 HARI -

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI-
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jikatanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI-
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu dikawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokanharinya.
TANDA AKHIR-
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak.Saling berpesan2lah sesama kita.....

Tarian Jenaka

Ikan keli terbesar di Tasik Kenyir




Jangan tengok!!

Thursday, March 27, 2008

Ammar & Ikhwan







Genting Highlands




Wet World

Holiday

Wanita yang kau pilih...

Malam selalu panjang
Di waktu aku merinduimu
Kau bisa menjaga aku
Hingga diriku merasa teduh…

Aku seperti kamu
Menginginkan dan memerlukan mu
Kerana kita tak mampu
Selalu pergi menjauh

Kau jadikan aku ini
Wanita yang kau pilih
Untuk dijadikan kekasihmu
Dan kaupun telah minta
Setia sepertiku
Hingga waktunya tiba

Aku percaya penuh
Kaukan buat bahagia
Karna cinta tercipta
Datangnya dari dalam hatiku…
Click to get cool Animations for your MySpace profile
MySpace Codes!

Evo VS Kancil

Click to get cool Animations for your MySpace profile
Pada suatu malam yang hening dan sunyi dilebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancilputih tersadai di sebelah lane kerosakan.Adaorang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kanciltu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahankereta supaya membantu.tidak ada sebuah keretapun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 7berhenti di sebelah kancil tadi. "ada apa niepakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda berusiadalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakciktu simple aje... ."ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat katkereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampaitol"mamat nie bagi idea."worrait gak tu... ",tapi... .nanti kalau pakcik rasaawak bawak laju pakcik akan hon dan bagi highbeam""ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancildidepan dan hujungnya diikat dibelakang bumperevonye. dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati.Dalam lima kilometer mamat nie laju lesikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beamla kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik..Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakangdan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwamuda patang dicabar, dia pun tekan la minyakrapat nak kejar ferrari nie... lupa la pulak diadengan kancil org tua yg diikat kat belakangkereta dia.Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia punhon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulanpilak polis ada buat speed trap kat bawahjambatan.Vrooommm... ... bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie... kate polis nie..cecah250kmj memasing nie...dia pun contact la kengkawan dia kat depansupaya saman kereta-kereta yg laju nie..."over..over,ada tiga buah kenderaan memandumelebihi had laju,sebuah ferrari,sebuah evo7 dansebuah lagi kalau aku cakap korang mesti takpercaye punye... ... ... sebuah kancil putih tengahcucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nakpotong!!!'

Akanku Cuba Berusaha

Click to get cool Animations for your MySpace profile
MySpace Codes!
Aku cuba mendaki, jatuh!
Aku cuba berenang, lemas!
Aku cuba belayar, karam!
Aku dah berusaha,tapi gagal
Adakah aku tak berguna?
Adakah aku putus asa?
Tidak! Tidak!

Aku kumpul segala semangat
Aku kumpul segala usaha
Aku cari perkakas untuk mendaki
Aku cari peralatan untuk berenang
Aku baiki perahuku
Aku cuba untuk kali kedua,
Ketiga, keempat dan seterusnya..

Kini aku berjaya!
Mengharungi segala rintangan
Membaiki segala kelemahanku
Aku puas! Kerana usahaku
Sendiri!
Kini aku tahu siapa aku!
Yang tak pernah gentar
Dengan kekalahan
Yang tak pernah kenal erti kecewa
Lihat!
Aku dah terima segulung ijazah
Untuk keluargaku

Bersama Papa & kakakku


Rahsia Tahi Lalat

TANDA-TANDA TAHI LALAT DIKEPALA
1. Kepala sebelah kanan Kecil : Bercita-cita tinggi tidak mengenal erti putus asa. Sederhana : Tabah menghadapi rintangan, sanggup menderita mengejar cita-cita.
Besar : Terkabul semua cita-cita tanpa banyak berusaha, kuat berusaha, mematuhi arahan amanah. Pemilik tahi lalat ini menunjukkan ia seorang yang baik tingkah laku pemurah dan penyayang. Pandai mengambil hati orang atasan atau orang tua-tua. Sifat kesederhanaan dalam hidup sehariannya punca utama dia dikasihi oleh suami atau isteri majikan serta sahabat handai.
2. Kepala Sebelah Kiri Kecil : Selalu kecewa di dalam hidup, lemah daya ingatan dan suka bersendirian. Sederhana : Banyak masalah, selalu kecewa, lemah daya ingatan dan pandai berahsia. Besar : Tanda-tanda ini bererti mereka sering kecewa di dalam mengejar cita-cita, berulang kali putus cinta dan cerewet orangnya. Rahsia dari tanda tersebut menunjukkan mengapa pemilik sering gagal. Tabiat suka bersendirian dan suka merahsia adalah punca utama segala masalah. Bagi mengatasi masalah ini sebaiknya pemilik membuang perasaan kecewa, luahkan kepada sahabat baik yang boleh di percayai atau kekecewaan itu satu pengajaran yang amat berguna dan sentiasa berhati-hati meluahkan kata cinta kepada setiap lelaki atau wanita yang dikenali.
3. Tengah kepala Kecil : Sikap dari tanda-tanda ini menimjukkan orang tersebut jujur, penyabar dan tabah. Sederhana : Tabah menghadapi cabaran dan tidak me-ninggikan suaranya atau lain perkataan tidak pemarah. Besar : Pendiam yang keterlaluan sehingga di anggap sombong. Sebenarnya tidak sedemikian, amanah, jujur dan selalu ditipu orang. Disebabkan terlalu jujur, pemurah dan tidak suka marah, insan ini selalu menjadi mangsa kepada kenalan, keluarga atau sesiapa sahaja yang mengenali dirinya. Matlamat mereka untuk menipu kemudian lesap menjauhkan diri. Sekiranya beliau sudah berumahtangga ia menjadi punca utama keretakan keluarga tetapi ia terus bersabar.
4. Ubun-ubun Kepala Kecil : Kejujurannya ada tujuan tersembunyi. Sederhana : Banyak bercakap, kaki ampu dan suka mengumpat. Besar : Pandai membuat cerita memikat bertujuan untuk menipu atau lain perkataan hanya mainan di bibir mulut. Kita haruslah berhati-hati dengan orang yang memiliki tahi lalat ini, beliau bukan sahaja kaki cucuk malah pandai membuat helah untuk menarik perhatian atau simpati siapa sahaja. Jika orang di atas menjadi sahabat alamatnya buncit perut. Penderitaan orang lain menjadi hiburan baginya. Setelah meningkat umur banyak harta hasil dari keringat orang lain. Diri sendiri amat bakhil.
5. Pusat Rambut Kecil : Pendiam, tabah melakukan sesuatu pekerjaan dan tajam berfikir Sederhana : Berfikiran cergas, mudah memahami tabiat kawan, tidak suka membuang masa. Besar : Orang ini tidak suka berceloteh yang bukan-bukan, tekun bekerja, cergas dan berjaya di dalam hidupnya. Kepintaran berfikir panjang dan tahu membaca tabie seseorang menyebabkan dirinya sering ditomah oleh manusia Ketegasan beliau menarik perhatian masyarakat mahupun di tempat kerja, dihormati keluarga dan buah fikirannya menjadi ikutan masyarakat.
TANDA-TANDA TAHILALAT DIKENING DAHI
6. Kening Kanan Kecil : Sedia melakukan apa sahaja dan sedia menghadapi risiko, keras hati, berani di dalam segala hal. Sederhana : Kata dikota tidak banyak bercakap, tabah di dalam segala hal dan mempunyai keberanian luar biasa. Besar : Tangkas, berani dan luar biasa di dalam segala hal. Sifat manusia ini memang aneh sesuatu yang dihayati akan menjadi miliknya walaupun terpaksa menipu atau sebagainya yang penting dapat. Di dalam mengejar cita-cita ia berjaya. Dahulu beliau seorang buruh kini menjadi seorang pensyarah.
7. Kening Kiri Kecil : Bersifat berani, bersopan santun dan tidak takut bahaya. Sederhana : Sifatnya sukar diketahui kerana tabiat yang pendiam dan berani Besar : Jangan disangka air tenang tiada buaya, pijak semut tidak mati. Orang ini tangkas di dalam ilmu membela diri.
8. Kening Tengah Kanan Dan Kiri Kecil : Keras hati, berani di dalam segala hal dan pandai menyembunyikan rahsia. Sederhana : Tegas, berani, suka menolong, pantang dicabar dan sedia menghadapi cabaran. Besar : Keberaniannya tersembunyi, tidak makan nasihat dan baginya dia sahaja yang betul.
9. Dahi Kanan Kecil : Suka mencari ilmu pengetahuan walaupun sudah berumahtangga. Sederhana : Selalu kesepian ditinggalkan suami berminggu-minggu lamanya. Besar : Di awal perkahwinan keluarga ini selalu sahaja bertegang urat dan bahagia selepas mendapat cahaya mata.
10. Dahi Kiri Kecil : Sikapnya yang selalu berhati-hati menjadikan dirinya pendiam. Sederhana : Lebih suka mendengar dari bercerita dan cakapnya suka menyindir. Besar : Lelaki/wanita dari tanda-tanda ini menunjukkan bahawa sikap orang tersebut kuat merajuk dan sukar dipujuk.
TANDA-TANDA TAHI LALAT DI MATA
11. Kelopak Mata Atas Kanan Kecil : Suka melakukan kerja-kerja rumit hasilnya luar biasa. Sederhana : Tidak mengenal erti jemu, tekun, tabah dan suka bersendirian. Besar : Orang ini tidak kenal erti putus asa, kuat berusaha, berjaya dalam cita-citanya.
12. Kelopak Mata Atas Kiri Kecil : Mudah mendapat rezeki, peramah dan berada. Sederhana : Periang, peramah, murah rezeki dan pandai memikat. Besar : Tidak suka membuang masa, pandai mencari wang, hobinya main cinta dan berada.
13. Kelopak Mata Bawah Kanan Kecil : Orangnya baik hati, peramah tidak meninggi diri. Sederhana : Pandai mengambil hati kawan-kawan, isteri/suami, anak dan dikasihi keluarga. Besar : Setiap perbuatannya mendapat pujian, amanah, jujur, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
14. Kelopak Mata Bawah Kiri Kecil : Baik budi, menghormati orang tua dan tidak meninggi diri. Sederhana : Lembut tingkah laku, pandai mengambil hati kawan-kawan dan kuat menggoda. Besar : Murah rezeki, senang di dalam segala urusan, pandai mengumpul harta, manis tutur kata.
15. Hujung Kelopak Mata Kanan Kecil : Pemalas dan kuat mencuri tulang. Sederhana : Berat tulang, banyak bercakap dan ego. Besar : Berat tulang, suka dipuji, cakap besar dan suka menegak benang basah.
16. Hujung Kelopak Mata Kiri Kecil : Berhati mulia, mengambil berat terhadap keluarga dan pemalu. Sederhana : Bersopan santun, suka menolong keluarga dan penyayang. Besar : Gemar bermain cinta, mata duitan dan mata keranjang.
17. Sudut Mata Luar Kanan Kecil : Pendiam, jujur dan gemar bersendirian. Sederhana : Jujur, tidak pandai berbohong dan tidak gemar mendengar fitnah. Besar : Pandai mengambil hati sahabat, peramah dan kuat ketawa.
18. Sudut Mata Luar Kiri Kecil : Baik hati, suka berbudi dan ramai yang menaruh hati. Sederhana : Suka menolong orang di dalam kesusahan dan selalu tertipu. Besar : Baik budi, lurus, murah rezeki tetapi sukar membuat harta.
19. Sudut Mata Dalam Kanan Kecil : Disayangi suami atau isteri. Sederhana : Di sayangi suami atau isteri dan keluarga. Besar : Di sayangi suami atau isteri, keluarga sendiri dan seisi keluarga mertua.
20. Sudut Mata Dalam Kiri Kecil : Tidak banyak mulut, selalu teraniaya. Sederhana : Ditinggalkan suami dan menjadi madu. Besar : Tidak suka mengambil tahu antara satu sama lain, sebaliknya pandai bermain kayu tiga. 21. Biji Mata Atas Kanan Kecil : Kuat pembohong dan tidak setia. Sederhana : Pembelit dan tidak tahu bersyukur. Besar : Merasa kepuasan setelah berjaya menipu.
22. Biji Mata Atas Kiri Kecil : Kuat pembohong dan baik hati. Sederhana : Kuat main kayu tiga dan suka menolong. Besar : Cakap besar, pandai bermain kayu tiga dan berbudi bahasa.
23. Bijl Mata Bawah Kanan Kecil : Baik hati, bersopan santun dan pintar. Sederhana : Pemurah, suka menolong dan gemar mengambil tahu hal orang lain. Besar : Setiap pemberiannya ikhlas, berhati mulia
24. Biji Mata Bawah Kiri Kecil : Murah rezeki dan baik hati. Sederhana : Murah rezeki, kuat kerja dan sentiasa berfikir. Besar : Murah rezeki dan suka membuat kerja amal.
TANDA-TANDA TAHI LALAT DI MUKA, ALIS DAN PIPI
25. Alis Kanan (antara hidung pipi) Kecil : Jujur, baik hati, suka memberi pertolongan. Sederhana :Tidak gemar ditipu, ikhlas di dalam segala hal. Besar : Baik hati, ikhlas dan tidak gemar berhutang.
26. Alis Kiri (di antara hidung dan pipi) Kecil : Mudah diajak berunding, susah mengidap sakit demam. Sederhana : Gemar sesuatu yang mudah, tidak banyak celoteh dan berhati lurus. Besar : Sikap sederhana, mudah diajak berunding dan tidak berdendam.
27. Pipi Kanan Kecil : Suka menolong, lembut hati dan mulia tingkah laku. Sederhana : Suka membalas budi, berpekerti mulia, jujur dan mudah mesra.
28. Pipi Kiri Kecil : Bersifat pendendam, cemburu dan sentiasa was-was dengan kawan-kawan. Sederhana : Baik terlalu baik dan sebaliknya. Besar : Suka buat kecoh dengan keluarga, sahabat dan di tempat kerja.
29. Tengah Pipi Kanan Kecil : Ramai kenalan dan pandai buat kelakar. Sederhana : Pandai menyesuaikan diri dengan sesiapa juga. Besar : Tenang, pemurah dan ramai kenalan.
30. Tengah Pipi Kiri Kecil : Cepat mendapat kawan dan cepat pula memutuskannya. Sederhana : Banyak kenalan dan selalu berlaku perkara yang tidak diinginkan. Besar : Hobinya berkenalan dan pandai mengambil kesempatan.
31. Batang Hidung Kecil : Berjaya di dalam hidupnya. Sederhana : Tidak suka meminta pertolongan. Besar : Tidak sesiapa yang tahu pekong di dadanya.
32. Hidung Kecil : Kuat berusaha dan disukai oleh kawan-kawannya. Sederhana : Pemurah, rajin dan pintar mencari rezeki. Besar : Kejayaannya menakjubkan sesiapa sahaja.
33. Hidung Kanan Kecil : Pemalu dan tidak suka meminta pertolongan orang lain. Sederhana : Pemalu, jujur dan suka bersendirian. Besar : Pintar dan pantas membuat kerja.
34. Hidung Kiri Kecil : Suka pada pertolongan orang lain. Sederhana : Memperolehi pertolongan orang lain dengan cara menipu. Besar : Memberi pertolongan dengan harapan mendapat balasan berlipat ganda
TANDA-TANDA TAHI LALAT DI MULUT
35. Atas Bibir Kanan Kecil : Pandai mencari kenalan, murah rezeki, suka mengumpul harta dari keringat orang lain. Sederhana : Mulut manis, kaki ampu dan suka bermuka-muka. Besar : Percakapannya lemah-lembut, bijak menggoda, tetapi semuanya dusta dan ada tujuan tertentu.
36. Atas Bibir Kiri Kecil : Mulut manis mencari kepentingan diri sendiri. Sederhana : Pandai mengampu majikan, mudah naik pangkat dan cepat pula tersungkur. Besar : Lain di mulut, lain di hati ada udang disebalik batu.
37. Bawah Bibir Kanan Kecil : Dihormati orang, gemar bercinta dan dicurigai isteri. Sederhana : Kuat menggoda, menepati janji dan periang. Besar : Pandai membawa diri, murah rezeki, penyayang dan selalu digoda.
38. Bawah Bibir Kiri Kecil : Suka membuat janji palsu. Sederhana : Mulut manis, pendendam dan pintar putar belit. Besar : Dendam selama-lamanya.
39. Hujung Bibir Kanan Kecil : Banyak cakap tidak mudah mengalah. Sederhana : Kuat berleter, busuk hati dan suka mencari kesalahan orang lain. Besar : Banyak bercakap dan janji-janjinya tidak boleh dipercayai.
40. Hujung Bibir Kiri Kecil : Gemar menyinggung perasaan orang lain. Sederhana : Gemar memberi nasihat tetapi dirinya sendiri tidak jujur. Besar : Kuat menabur fitnah, bergurau dan akhirnya menjadi pertengkaran. 41. Bawah Bibir Tengah Kecil : Rezekinya sekadar cukup makan. Sederhana : Nada suaranya tinggi dan tidak suka mengalah. Besar : Kuat berceloteh dan gemar menjadi tepi kain orang lain, kain sendiri tidak bersih.
42. Dagu Bawah Kanan Kecil : Jujur, baik hati, tinggi budi bahasa dan kaki menggoda. Sederhana : Kelembutannya memikat sesiapa sahaja yang memandang, jujur, setia dan menepati janji. Besar : Jujur, pemalu dan tidak suka mengambil tahu hal orang lain.
43. Dagu Bawah Kiri Kecil : Bijaksana dan pandai berjimat cermat. Sederhana : Tangkas dan cemerlang di dalam kerjaya yang diceburinya. Besar : Berfikiran tajam, bersopan santun dan tidak pandai menyakitkan hati orang lain.
TANDA-TANDA TAHI LALAT DI LEHER
44. Leher Depan Kanan Kecil : Berani menderita, jujur dan pintar. Sederhana : Sikap tegas dan berani kerana benar. Besar : Boleh dipercayai, bertanggungjawab dan bertimbang rasa.
45. Leher Depan Kiri Kecil : Pengetahuan tinggi, aktif dan kenalannya orang berada. Sederhana : Pantang dicabar, berpengetahuan dan rajin berusaha. Besar : Setiap perlakuannya menjadi ikutan masyarakat dan berjaya di dalam cita-cita.
46. Kerongkong Kecil : Setiap kemahuan mudah diperolehi. Sederhana : Mendapat pasangan dan orang berpangkat. Besar : Menjadi kaya raya di hari tua dan nasibnya beruntung.
47. Tengah Leher Atas Atau Bawah Kecil : Perwatakan menarik, lemah lembut dan pengasih. Sederhana : Di sayangi majikan, tidak banyak ragam dan gemar sesuatu yang antik. Besar : Perwatakan menarik dan unik, banyak peminat kenalannya orang ternama.
48. Belakang Leher Kanan Kecil : Berpengaruh tinggi, berjaya di dalam perniagaan. Sederhana : Mudah memperoleh pertolongan walaupun tidak dipinta. Besar : Orang ramai suka memberi pertolongan di dalam segala hal.
49. Belakang Leher Kiri Kecil : Pengalamanya di masa lalu menjadi gurunya. Sederhana : Di sayangi sesiapa sahaja yang mengenali dirinya. Besar : Bakal menjadi pemimpin besar, berpengaruh dan dihormati.
TANDA-TANDA TAHI LALAT DI BAHU
50. Bahu Kanan Kecil : Bertanggungjawab dan berhati-hati di dalam segala hal. Sederhana : Bijak membuat keputusan, bertanggungjawab dan tegas. Besar : Tidak makan piyi, tegas, pintar dan bertang-gnngjawab.
51. Bahu Kiri Kecil : Sanggup melakukan apa juga pekerjaan dan sedia menghadapi risiko. Sederhana : Tidak suka membuang masa, setia dengan kawan. Besar : Tidak pernah lalai menjalankan tugas, amanah, bersih hati dan bertimbang rasa.
TANDA-TANDA TAHI LALAT TEMPAT SULIT WANTTA
65. Bibir Kanan Kecil,
Sederhana, Besar: Tahi lalat yang terdapat di bahagian tersebut mempunyai firasat yang sama iaitu baik hati dan daya seksnya luar biasa dan terlalu ganas.
66. BibirKiri Kecil : Pendiam, baik hati, pandai menyimpan rahsia. Sederhana : Lurus, tenang tidak suka melawan cakap suami dan setia. Besar : Budi pekerti mulia, pandai mengambil hati suami, mertua dan dikasihi orang.
67. Bahagian Atas Kecil, Sederhana, Besar: Firasat mengatakan wanita ini banyak anak, benihnya subur. Kuat seks dan menimbulkan keresahan suami.
68. Buah Dada Kanan Kecil : Penyabar, pengasih dan setia. Sederhana : Pandai mendidik anak dan suka menolong suami di waktu susah. Besar : Pandai menjaga kehormatan diri. Penyayang dan bertimbang rasa.
69. Buah dada Kiri Kecil : Pemilih, cemburu dan pemalas. Sederhana : Suka buang masa. Cerewet dan tidak sanggup susah. Besar : Dendam kepada suaminya. Kayu tiga dan penting diri sendiri.
TANDA-TANDA TAHI DI BAH. TGN/KAKI
70. Jari-jari Tangan Kanan Kecil : Murah rezeki tetapi boros. Sederhana : Banyak rezeki dan kuat berjudi. Besar : Bijak mencari rezeki sebaliknya sanggup bergadai kerana berjudi.
71. Jari-jari Tangan Kiri Kecil : Murah rezeki dan pemurah. Sederhana : Murah rezeki dan pandai berjimat. Besar : Murah rezeki sebaliknya kedekut.
72. Tapak Tangan Kanan Kecil : Bercita-cita menjadi kaya. Sederhana : Pandai membahagi masa dan membuat untung. Besar : Setiap perkara yang dilakukan mendatangkan hasil yang lumayan sahaja.
73. Tapak Tangan Kiri Kecil : Baik hati dan suka memberi pertolongan. Sederhana : Orangnya lurus dan berhati mulia. Besar : Amanah, lurus serta tidak menyimpan hasrat dengki dengan kejayaan orang lain.
74. Belakang Tapak Tangan Kanan Kecil : Besar harapan menjadi orang kaya. Sederhana : Sentiasa memikirkan untung dan pandai menggunakan masa lapang. Besar : Sentiasa memikirkan untung besar, tetapi bakhil.
75. Belakang Tapak Tangan Kiri Kecil : Baik hati dan suka menolong. Sederhana : Orang pelurus, baik hati dan pemurah. Besar : Suka memberi pertolongan, lurus dan berjiwa halus.
76. Pergelangan Tangan Kanan Kecil : Setia dan taat. Sederhana : Pintar, setia dan amanah. Besar : Bijaksana, cekap di dalam segala urusan serta ringan tulang.
77. Pergelangan tangan Kiri Kecil : Menepati janji dan kuat berusaha. Sederhana : Tidak memilih pekerjaan, yang penting dapat wang. Besar : Sanggup lakukan apa sahaja dan boleh dipercaya.
78. Atas Pergelangan Tangan Kanan Kecil : Kuat berpoya tidak tentu arah. Sederhana : Melancung menjadi kegemaran. Besar : Suka melancung ke luar negeri berbulan bulan lamanya.
79. Atas Pergelangan Tangan Kiri Kecil : Mudah naik pangkat. Sederhana : Selalu mendapat durian runtuh. Besar : Mudah naik pangkat, kaki ampu sikapnya tidak digemari kawan di tempat kerja.
80. Siku Kanan Kecil : Mudah di dalam segala hal. Sederhana : Berjawatan tinggi, sekiranya ia seorang ahli perniagaan beliau berjaya. Besar : Menyertai berbagai urusan.
81. Siku Kiri Kecil : Jujur dan kuat mencari rezeki. Sederhana : Bijaksana dan tidak suka membuang masa. Besar : Suka melakukan sesuatu yang memberi faedah yang besar.
82. Ketiak Kanan Kecil : Orangnya suka berahsia. Sederhana : Boleh memegang amanah, alim dan tidak banyak cakap. Besar : Setiap rahsia yang diketahui untuk dirinya sahaja, sikap begini menyebabkan orang tersayang menjadi cemburu.
83. Ketiak Kiri Kecil : Tabiat baik dan buruknya tidak diketahui umum. Sederhana : Sikap baik tidak diketahui orang. Besar : Baik atau buruknya luar biasa.
84. Jejari Kaki Kanan Kecil : Suka sesuatu yang baru. Sederhana : Melompat satu tempat kerja ke tempat lain, tidak suka dikongkong. Besar : Melakukan sesuatu secara senyap-senyap dan hasilnya menakjubkan.
85. Jejari Kaki Kiri Kecil : Pandai berhutang dan tidak suka membayar. Sederhana : Lagak seperti orang berada sebaliknya anak isteri di rumah tidak cukup makan. Besar : Manusia ini agak tamak di dalam segala hal.
86. Tapak Kaki Kanan Kecil : Diam-diam ubi berisi tetapi ke arah kejahatan. Sederhana : Suka berjalan mencari hiburan pada waktu malam seperti disko. Besar : Kejahatan orang ini tidak siapa yang tahu kecuali kawan-kawan rapat sahaja dan gemar ke tempat maksiat.
87. Tapak Kaki Kiri Kecil : Kuat berjalan tetapi tidak mempunyai tujuan. Sederhana : Mencari saudara dan sahabat yang memerlukan pertolongan, ia seorang yang amat pemurah. Besar : Suka memberi pertolongan dan ada kalanya dia sendiri yang tersepit, terlalu pemurah.
88. Tumit Kanan Kecil : Jujur di dalam rumahtangga dan di tempat kerja sahaja. Sederhana : Setia dan penyayang dengan kaum keluarga tetapi tidak dengan sahabat dan lebih mementingkan diri. Besar : Suka mengambil hati seisi keluarga sebaliknya tidak sesuai dengan masyarakat sekelilingnya dan banyak ragam.
89. Tumit Kiri Kecil : Setia, mudah percaya dan tidak menaruh perasaan dengki terhadap kawan-kawannya. Sederhana : Melakukan sesuatu yang bermanfaat seperti membuat umrah, haji dan suka merapatkan kembali saudara mara yang jauh. Besar : Tidak boros hasil dari jimat cermat beliau selalu pergi menunaikan haji.
90. Betis Kanan Kecil : Berkelakuan jahat di rantau orang. Sederhana : Mencari pengalaman dan ilmu di rantau orang. Besar : Merantau dan terus bermastautin di rantau orang.
91. Betis Kiri Kecil : Pulang membawa kejayaan atau harta. Sederhana : Pulang membawa kekayaan dan isteri dari bangsa lain. Besar : Menjadi kaya dan pemimpin yang disegani di rantau orang.
92. Perut Betis Kanan Kecil : Boros dan suka berpoya-poya. Sederhana : Gemar merantau tetapi lokek. Besar : Kecewa di hari tua disebabkan tidak jimat cermat di hari muda.
93. Perut Betis Kiri Kecil : Tidak gemar dipuji walaupun baik hati. Sederhana : Pandai mengambil kesempatan dan disayangi saudara sendiri. Besar : Kejahatan berpunca dari sikap keluarga sendiri kerana terlalu dimanjakan.
94. Lutut Kanan Kecil : Bodoh sombong dan pandai berpura-pura. Sederhana : Orang pemalas, dengki dan tidak suka melihat kemajuan orang lain. Besar : Suka menganggap orang lain semuanya tidak jujur tetapi itu adalah sikapnya.
95. Lutut Kiri Kecil : Manusia ini kreatif dan agak pemalas. Sederhana : Seperti pahat dengan pemukul. Besar : Tidak suka mendengar pandangan dari orang lain dan suka menegakkan benang basah.
96. Paha Kanan Kecil : Bercita-cita tinggi dan banyak halangan. Sederhana : Lambat laun cita-citanya akan berjaya juga. Besar : Berani, setia dan bercita-cita tinggi tetapi tidak berjaya.
97. Paha Kiri Kecil : Tidak mempunyai cita-cita tetap atau lain perkataan hatinya selalu berubah. Sederhana : Kuat berkhayal, suka termenung dan menjauhkan diri dari sanak saudara. Besar : Bersifat dengki dengan kejayaan orang lain sekalipun saudaranya sendiri.
TANDA-TANDA TAHI LALAT DI PERUT
54 Pusat Kecil, Sederhana, Besar: Tidak menjadi ukuran. Firasat mengatakan jodohnya jauh dan ada kalanya berkahwin dengan bangsa asing.
55. Atas Pusat Kecil : Sejahtera dan bahagia dalam rumahtangga yang dibina. Sederhana : Rumahtangganya aman damai dan tidak makan cucuk. Besar : Rumahtangganya berkekalan dan pandai menyesuaikan diri dengan masyarakat sekelilingnya.
56. Atas Pusat Kiri Kecil : Dihormati keluarga. Sederhana : Menjadi pemimpin kepada seisi keluarga. Besar : Setiap anak-anaknya berjaya di dalam pelajarannya.
57. Bawah Pusat Kanan Kecil : Nasibnya agak malang, sering berlaku pertengkaran. Sederhana : Berlaku kucar kacir di dalam rumahtangga. Besar : Lebih malang di dalam dan dimusuhi keluarga kedua belah pihak.
58. Bawah Pusat Kiri Kecil : Sentiasa menghadapi masalah. Sederhana : Pengaruh orang luar punca suami-isteri bertegang leher. Besar : Dibenci masyarakat atas sebab tertentu.
59. Perut Atas Pusat Kecil : Banyak kerenah dan suka membuat hal. Sederhana : Suka menjaga tepi kain orang lain. Besar : Suka mengambil tahu hal orang lain, kaki cucuk dan suka bergaduh.
60. Perut Bawah Pusat Kecil : Kuat temberang dan suka membuat fitnah. Sederhana : Pembohong, banyak mulut dan kaki sembang. Besar : Suka bertandang ke rumah jiran, banyak mulut dan bijak mencungkil rahsia tetangga.
TANDA-TANDA TAHI LALAT TEMPAT SULIT LELAKI
61. Kemaluan Kanan Kecil, Sederhana, Besar Firasat dari tanda-tanda ini tidak berbeza iaitu selalu banyak masalah.
62. Kemaluan Kiri Kecil, Sederhana, Besar Sepertimana di atas firasat dari tanda-tanda ini juga tidak berbeza iaitu pendiam, pemalu dan merbahaya kepada kaum hawa dengan lain perkataan gemar merogol.
63. Bahagian Atas Kecil : Tidak suka dikongkong oleh isteri. Sederhana : Pandai pujuk rayu, habis manis sepah dibuang. Besar : Di kasih isteri sampai ke tua. 64. Bahagian Bawah Kecil : Pendiam dan ganas di atas ranjang. Sederhana : Suka makan di luar rumah dan tidak boleh dipercayai. Besar : Banyak isteri, nafsunya luarbiasa dan yang penting baginya dapat wang ringgit tak jadi. Kebiasaan lelaki ini mempunyai ramai anak. TANDA-
TANDA TAHI LALAT DI PUNGGUNG
98. Punggung Kanan Kecil : Baik hati, pendiam dan menyimpan rahsia. Sederhana : Pendiam, pemurah dan setia. Besar : Menepati janji, pendiam dan kuat daya seks.
99. Punggung Kiri Kecil : Baik hati tapi lembab. Sederhana : Pemalu, pemalas dan leka dengan tugas harian. Besar : Berat tulang, banyak cakap dan suka menceritakan hal orang lain.
TANDA-TANDA TAHI LALAT DIPINGGANG
100. Pinggang Kanan Kecil : Mencintai isteri atau suami. Sederhana : Kesetiaannya tidak berbelah bagi. Besar : Cinta dan setia kepada isteri/suami berkekalan.
101. Pinggang Kiri Kecil : Di sayangi suami/isteri. Sederhana : Kesetiaan suami atau isteri di dalam apa-apa situasi (walau cacat selepas nikah). Besar : Cinta, kasih, setia yang berkekalan dari pasangannya.
TANDA-TANDA TAHI LALAT DI BELAKANG
102. Tulang Belakang Kecil : Degil, keras hati dan tidak gemar diperintah. Sederhana : Romantik dan penyayang sikap ini menjadikan dirinya seorang yang kuat cemburu. Besar : Cemburunya cemburu buta dan penyayang kepada anak-anak dan pandai berjimat cermat.
103. Belakang Kanan Kecil : Tempat mengadu masalah keluarga. Sederhana : Pertengkaran suami isteri berpunca dari sikap ibunya sendiri. Besar : Terkongkong dengan sikap ibunya sendiri menyebabkan suami atau isteri makan hati.
104. Belakang Kiri Kecil : Segala hasil yang diperoleh semuanya diberi kepada emaknya dan isteri di rumah dibiar kebuluran. Sederhana : Tidak bertanggungjawab di dalam rumahtangga. Besar : Lebih mengutamakan masalah peribadi keluarga ini bernasib baik kerana sikap mertua suka mengambil berat dan memberi pertolongan.

Aku Bukan Untukmu

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkan mu
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku..

Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkan mu
Dan ku mohon maafkan aku

Aku menyesal telah membuatmu menangis
Dan biar kau memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Jangan lagi kau mengingat ku kembali
Aku bukan lah untukmu
Meskipun ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya untuk diriku..