CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 28, 2008

Ghaib di Mekah,Muncul di Pahang

Kisah jemaah haji yang hilang atau tersesat semasa berada di tanah suci memang biasa berlaku. Biasanya jemaah yang sesat pertamanya disebabkan mereka hilang pedoman untuk balik ke hotel penginapan kerana terlupa sesuatu arah,jalan atau bangunan tersebut. Keadaan ini biasanya berlaku kepada mereka yang berjalan tidak membawa teman. Keduanya, jemaah hilang kerana sakit lantas dimasukkan ke hospital. Bagaimana pun, kebanyakan jemaah yang hilang dapat ditemui semula beberapa hari kemudian dengan bantuan Tabung Haji dan agensi atau pulang sendiri ke hotel peginapan. Tetapi kisah kehilangan seorang jemaah lelaki pada musim haji kira-kira 7 tahun lalu agak aneh. Jemaah ini biar saya namakannya sebagai Ahmad baru pertama kali menunaikan fardu haji. Selepas beberapa hari berada di tanah suci, Ahmad teringin berjalan-jalan di sekitar Kota Makkah. Mula-mula dia cuba mempelawa rakan-rakannya untuk pergi tetapi tiada siapa yang ingin mengikutnya. Memanglah tujuan seseorang pergi menunaikan fardu haji bukan untuk berjalan-jalan makan angin, melancong atau membeli belah tetapi untuk beribadat dan memohon keampunan daripada Allah SWT. Tetapi Ahmad ini hobinya suka berjalan-jalan.Sebaik selepas sembahyang, tawaf atau sai dia lesap entah ke mana.Apabila ditanya: "Awak pergi ke mana dua tiga hari ni tak nampak batang hidung?" Dengan tersenyum simpul dia menjawab: "Eh tak pergi mana-mana. Saya ada. Tadi pergi berjalan-jalan sekejap." Lama-kelamaan hobinya berjalan-jalan semakin mengasyikkan. Dari Kota Makkah dia merayau-rayau sehingga keluar kota sampai ke padang pasir. Suatu hari rakan jemaah melaporkan si Ahmad ini pernah tidak balik-balik. Apabila tiba waktu makan, Ahmad pun tidak makan.Begitu juga rakannya bersungut Ahmad tidak balik tidur di hotel penginapan. Ke mana Ahmad pergi merayau-rayau tiada siapa yang tahu sebab apabila keluar dia tidak pernah memberitahu sesiapa. Bagi Ahmad Kota Makkah dianggap seperti kampung halamannya. Semuanya dilakukan mengikut sesuka hatinya. Apabila Ahmad rasa hendak pergi berjalan-jalan dia terus keluar seorang diri tanpa diketahui jemaah. Apabila dia balik pelbagai cerita dibawanya. "Eh..best betullah aku pergi padang pasir tadi.Tengok orang Arab Badwi ternak kambing. Banyak kambingnya, "ceritanya seperti menunjuk-nunjuk. Akhirnya pada suatu hari Ahmad benar-benar tidak pulang lagi.Setelah masuk hari ketiga rakan-rakannya mulai risau. Sejak kehilangan Ahmad, rakan-rakan jemaah dan saudara-maranya turut termenung apabila memikirkan perihalnya tidak pulang semula ke hotel penginapan. Ramai rakan-rakan jemaah yang serombongan dengan Ahmad tertanya-tanya berita kehilangannya.Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari Ahmad tetapi tidak berhasil. Bagaimanapun rakan jemaah tidak menolak kemungkinan Ahmad tersesat kerana hobinya suka merayau-rayau hingga ke padang pasir. Memang menghairankan jika seseorang hilang tanpa dapat dikesan. Jika jemaah hilang biasanya ada laporan dari mana-mana hospital atau Tabung Haji. Yang peliknya rakan-rakan jemaah memberitahu semua beg pakaian, kain ihram dan pasport antarabangsa tidak dibawa sebaliknya ditinggalkan dalam biliknya.Kehilangan Ahmad juga menjadi bualan di kalangan jemaah lain. Biasanya seseorang jemaah yang hilang dalam lingkungan Kota Makkah dijumpai semula sehari atau dua hari kemudian. Bagaimanapun kehilangan Ahmad selama seminggu masih tidak dijumpai telah menimbulkan tanda tanya. Setelah rakan-rakan jemaah penat mencarinya di segenap ceruk pelosok Kota Makkah akhirnya pada suatu hari mereka dikejutkan apabila menerima panggilan dari tanah air. Rupa-rupanya Ahmad yang menelefon dari Malaysia. "Saya sihat ni, dah balik ke Pahang," dia memberitahu. Dalam perbualan itu Ahmad meminta maaf kerana kehilangannya telah menyusahkan rakan-rakan dan sahabat taulannya. Menurut cerita Ahmad, dia pulang ke Malaysia bukan menaiki kapal terbang atau kapal laut tetapi berjalan kaki mengikut sebuah lubang di padang pasir semasa berada di tanah suci. Yang anehnya dia tersesat di padang pasir tetapi boleh muncul semula di kampung halamannya di Pahang. Ahmad bercerita, semasa berjalan-jalan seorang diri melihat keindahan alam dan kesibukan Kota Makkah tanpa disedari perjalanannya melewati sehingga ke luar Kota Makkah. Kemudian dia berjalan lagi hingga akhirnya tiba ke sebuah padang pasir dan tersesat jalan. Dia cuba mencari jalan pulang tetapi gagal. Kemudian Ahmad meneruskan perjalanan lagi sehingga semakin jauh tersesat. Setelah merasa kepenatan tiba-tiba Ahmad ternampak satu lubang besar di tengah padang pasir itu.Berhampiran lubang berkenaan terdapat seseorang yang melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Orang itu seterusnya mengajak Ahmad memasuki lubang itu.Disebabkan tiada ikhtiar lain untuk pulang Ahmad mengikut lelaki itu memasuki lubang tersebut dengan harapan dapat pulang semula ke hotel penginapan. Semakin jauh dia berjalan terasa perjalanannya begitu asing seolah-olah bukan lagi di kawasan padang pasir. Akhirnya Ahmad menemui sebuah perkampungan di bawahnya. Ahmad kemudiannya terjumpa seorang lelaki yang mempunyai keluarga dan rumah-rumah penduduk di bawah sebuah terowong bawah tanah. Selepas melewati rumah berkenaan, Ahmad menemui sebatang jalan raya. Jalan raya itu dikelilingi pepohon kayu seperti yang pernah dilihatnya di kampung halamannya di Pahang. Rupa-rupanya jalan raya yang dilalui Ahmad ialah jalan yang biasa digunakannya untuk balik ke kampung. Melalui jalan tersebut Ahmad terus pulang ke rumahnya. Bagaimana dia boleh balik dalam keadaan begitu hanya Allah sahaja yang maha berkuasa.Padahal waktu itu Ahmad cuma berhasrat untuk berjalan-jalan di Kota Makkah.Yang menghairankan siapakah lelaki yang membawanya masuk ke dalam lubang di padang pasir itu..??? Jinkah.?? Ibliskah.?? Atau malaikat..?? Jangan tanya saya.Sesungguhnya tiada siapa yang dapat memberikan jawapannya dengan tepat kecuali Allah SWT jua. Memang cerita ini pelik dan aneh tetapi ia tidak mustahil berlaku di kota suci.Semoga ia menjadi iktibar kepada kita semua. Semasa saya berceramah di Makkah baru-baru ini tentang kejadian pelik dan ajaib yang berlaku di tanah suci. Pada mulanya jemaah haji dari Malaysia meragui kesahihan cerita-cerita seperti ini. Bagaimanapun jemaah mula percaya setelah saya maklumkan dan yakini bahawa cerita aneh yang berlaku di tanah suci ini bukan cerita rekaan untuk menakutkan sesiapa sebaliknya kejadian benar yang diceritakan sendiri oleh jemaah terbabit.Bagi saya walau apa pun pekerjaan yang kita lakukan yang penting nawaitu kita mesti betul. Apatah lagi mesti betul semasa mengerjakan haji. Nasihat saya, sebagai tetamu Allah sewajarnya sebelum kita berangkat ke tanah suci,awal-awal lagi hendaklah kita berniat: Bahawa aku pergi ke Makkah ini hanyalah untuk mengerjakan haji, bukan berniat untuk berjalan-jalan atau melancong dan sebagainya. Bagi saya jika hasrat seseorang itu bukan untuk beribadat tetapi berjalan-jalan di Kota Makkah maka kesudahannya dapatlah setimpal dengan apa yang dikerjakan tetapi terlepas peluang untuk beribadat dan menunaikan fardu haji. "Dan apa jua yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah SWT memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu."... -Surah asy-Syura 42: 30 Sabda Rasullullah s.a.w: Sesungguhnya dari hak seorang Islam ialah menasihati baginya apabila ia ghaib (tiada bersama dengannya).

Wet World

Pertandingan kembang hidung!

">

Genting Highlands

Tuesday, April 22, 2008

Penetapan Matlamat

Setiap insan impikan masa depan yang penuh kejayaan, kemakmuran dan kesempurnaan. Segalanya yang anda impikan boleh digambarkan di dalam fikiran. Penuh dengan kegembiraan dan kecemerlangan.
Penetapan matlamat di dalam kehidupan amat penting kerana ianya akan menjadi pendorong kepada anda mendapat apa sahaja yang anda impikan. Matlamat anda ini secara tidak langsung akan membina sikap yang positif dan memberi kekuatan kepada anda untuk mencapainya.
Kata pujangga, "Kalau kita tidak ada matlamat, maka setiap arah merupakan matlamatnya".
Contohnya, kalau anda memandu kereta dari Miri ke Kuching. Matlamatnya adalah untuk tiba di Kuching. Di sepanjang perjalanan anda akan menempuh liku-liku jalanan. Dengan pemanduan yang cermat dan hati-hati, anda akan tiba di Kuching dengan selamatnya.
Setiap matlamat mesti mempunyai titik permulaan dan pencapainnya di mana kejayaan adalah ukurannya. Bagaimana anda boleh membina keyakinan diri dengan matlamat anda?
Tetapkan masaTentukan jangka masa untuk anda mencapai matlamat anda. Mungkin dua jam, satu minggu atau satu tahun. Contohnya, mendapat pangkat satu dalam SPM 1998 atau akan menghabiskan sukatan ulangkaji satu bulan sebelum peperiksaan. Rancangkanlah penggunaan masa supaya anda tidak terpesong daripada matlamat anda oleh sifat suka bertangguh, hilang tujuan, kekuatan was-was dan kerisauan.
Mengetahui kekuatan diriAnda mesti mengetahui kekuatan diri anda dari segi pengetahuan, kemampuan, kemahiran dan sumber-sumber lain. Apabila anda dapat mengenal pasti kekuatan diri, anda akan lebih berkeyakinan merancang tindakan anda. Anda perlu mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengubah diri anda dari dalam dan bersiap sedia menjauhi atau mengatasi halangan yang menanti.
Mengenalpasti kelemahan diriMengetahui kelemahan diri bukannya mencari alasan tidak melakukan sesuatu tetapi untuk mengenal pasti cara mengatasinya. Kebanyakan orang mewujudkan keterbatasan dan kelemahan diri sebagai alasan. Selalulah bandingkan diri anda dengan orang lain. Sekiranya anda mempunyai kelebihan itu adalah satu kurniaan dan jika ada kelemahan, cuba atasinya. Jadilah orang yang cemburu dengan kejayaan orang lain tanpa menjatuhkannya tetapi baikilah diri untuk menjadi sepertinya.
Ramai antara kita mempunyai matlamat tanpa memikirkan sama ada ianya sesuai atau tidak dengan kemampuan untuk mencapainya. Adakah matlamat itu akan menjadi suatu impian atau angan-angan semata-mata. Ciri-ciri suatu matlamat mestilah mempunyai kriteria berikut :
JelasMatlamat anda harulah jelas, terang dan nyata. Bukannya kabur. Contohnya mendapat cemerlang 1(A1) dalam matapelajaran Matematik bukannya setakat lulus sahaja.
MencabarBila anda menetapkan matlamat, biarlah ianya mencabar keupayaan anda iaitu sukar untuk dicapai tetapi tidak mustahil untuk dicapai. Bila ianya mencabar keupayaan anda, anda akan menjadi lebih kreatif, lebih bersemangat, lebih berusaha dan lebih kuat dorongan untuk mencapainya.
Boleh diukurMatlamat anda harus boleh diukur apabila telah tiba jangka masa yang ditetapkan. Contohnya, bila keputusan SPM diumumkan adakah ianya mencapai sebagaimana matlamat anda? Ketika inilah anda boleh menilai keupayaan anda yang sebenarnya.Untuk menjadi seorang yang benar-benar berjaya, anda mestilah membina satu sikap keyakinan diri yang tinggi pada diri dan kemampuan anda. Anda paerlu merancang kerana perancangan yang teratur dapat mengurangkan sikap anda yang suka menangguhkan sesuatu tindakan. Anda perlu mengenali diri anda dan sekiranya anda menyayangi diri anda, tentunya anda tidak akan membiarkan diri anda menderita di masa depan. Tetapkan matlamat anda dan bersedialah untuk mengambil langkah-langkah seturusnya ke arah pencapaian kejayaan dan masa depan yang lebih gemilang. Inglatlah kata pujangga, "Orang bijaksana adalah orang yang mampu mengenal keupayaan dirinya".
Goals are the vehicles whereby we can become someone more than we already are. We need goals, not for what they get for us but for what they do for us.

Friday, April 18, 2008

Rintihan seorang hamba...

Wahai tuhan ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku terimalah taubatku
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar
الهى لست للفردوس اهلا
ولا اقوى على النار الجحيم
فهب لي توبة واغفرذنوبي
فانك غافر الذنب العظيم
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh tuhanku
Wahai tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba
Yang mengharap
Belas dariMu…

Petikan Kitab & Riwayat

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Anas r.a. maksudnya:
"Dari keimanan itu terpancarnyahal-hal kebaikan"
(Riwayat Bukhari)
---------------------------------------------------------------------------
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya:
"Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan
bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan"
(Riwayat Bukhari)
---------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa"
(Petikan kitab Imam Ghazali)
---------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan
sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan"
(Petikan kitab Imam Ghazali)
-------------------------------------------------------------------
Dari Abu Dzar r.a
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan 'Hai Kafir',
padahal yang dipanggil itu tidak sedemikian,
maka akan kembali kepada diri sipemanggil itu sendiri"
(Riwayat Bukhari & Muslim)
-----------------------------------------------------------------------------------------------Dari Abdullah bin Amru
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam
berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah"
(Riwayat Abu Daud & Tarmizi)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Nilai seseorang itu dapat diukur dari (tahap) agama yang dipegang
oleh sahabat karibnya, oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat dalam pergaulan"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Abdullah Ibnu Mas'ud r.a
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Baragsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah,
maka ia mendapat pahala seperti yang diperolehinya"
(Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah & Hakim)
-------------------------------------------------------------------------------------------------Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Aku belum pernah melihat sesuatu permandangan yang lebih
mengerikan dan lebih menakutkan daripada pemandangan alam kubur"
(Riwayat Tarmizi)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Sesungguhnya kamu kelak di akhirat akan dipanggil dengan nama
kamu dan nama bapa kamu, kerana itu perindahkanlah nama kamu"
(Riwayat Abu Daud)
-------------------------------------------------------------------------------------------------Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya tetapi tidak
bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)
-------------------------------------------------------------------------------------------------Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Yang paling berat menerima seksaan di hari kiamat ialah
orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)
-------------------------------------------------------------------------------------------------Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa membantu dalam kederhakaan walaupun hanya
melalui sepatah kata, ia termasuk turut terlibat di dalamnya"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa merendahkan diri di hadapan orang kaya yang salih
hanya kerana kekayaannya, maka dua pertiga dari agamanya hilang lenyap"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Ada lima perkara yang wajib dipenuhi oleh seorang muslim terhadap
saudaranya iaitu menjawab salam, mendoakan orang yang bersin,
memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan menghantar jenazah"
(Riwayat Khamsah)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Seseorang di antara kamu pasti diperkenankan (doanya) selagi
dia tidak terburu-buru dengan mengatakan "Aku telah
berdoa tetapi belum juga dimakbulkan"
(Riwayat Arba'ah)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya:
"Orang yang memulakan memberi salam adalah
terlepas dari sifat sombong dan takabbur"
(Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Siapa yang benar beriman kepada Allah dan hari kemudian maka janganlah
mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran"
(Riwayat Bukhari)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Keimanan itu mempunyai enam puluh lebih cabangnya.
Adapun perasaan malu melakukan maksiat adalah salah satu dari
cabang keimanan"
(Riwayat Bukhari)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"(Meninggalkan rasa dengki) merupakan sunnahku, barangsiapa yang
menghidupkan sunnahku maka sesungguhnya ia mencintaiku,
dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia bersamaku di dalam syurga"
(Riwayat Tarmizi)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat
syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah
Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya"
(Riwayat Bukhari)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Orang yang paling ku utamakan kelak di hari kiamat ialah
orang yang paling banyak berselawat kepadaku"
(Riwayat Tarmizi & Ibnu Hibban)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Bukanlah dari umatku barangsiapa yang merosakkan seorang
isteri iaitu menghasutnya supaya menderhakai suaminya"
(Riwayat Abu Daud)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba
sebelum nyawanya sampai di kerongkong"
(Riwayat Tarmizi
, Ahmad & Hakim)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum
terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Dosa-dosa besar itu ialah menyekutukan Allah, berani menentang
orang tua, membunuh seseorang bukan pada haknya dan bersumpah palsu"
(Riwayat Bukhari)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Termasuk dalam golongan dosa-dosa besar ialah jika
seseorang memaki-maki kedua ibubapanya sendiri"
(Muttafaq'alaih)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang
mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan
solat (wajib dan sunat),dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan
selalu taat kepadaNya secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Aku berdiri di pintu syurga, ternyata sebahagian besar manusia yang
memasukinya adalah kaum fakir miskin"
(Riwayat Syaikhain)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Janganlah kamu banyak berbicara tanpa berzikir kepada Allah,
kerana sesungguhnya itu mengakibatkan hati menjadi keras.
Sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah
ialah orang yang berhati keras"
(Riwayat Tarmizi)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Sabda Rasulullah s.a.w.
dari Abu Hurairah r.a. maksudnya:
"Aku tinggalkan dua perkara untuk kamu yang menjadikan
tidak sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya,
iaitu kitabullah (Al Quran) dan sunah rasulNya"
(Riwayat Malik)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu,
nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Sekali-kali Allah tidak akan menerima sesuatu amalan yang
di dalamnya terdapat sebesar biji sawi dari sifat riak"
(Riwayat Al-Mundziri)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa yang menuntut ilmu maka hal itu merupakan
kifarat (penebus) bagi dosa-dosa yang telah lalu"
(Riwayat Tarmizi)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Peliharalah dirimu dari api neraka dengan bersedekah
(walau) separuh dari biji kurma, dan kalau tidak dapat
sedekah itu,maka keluarkanlah kata-kata yang baik"
(Riwayat Bukhari & Muslim)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku
di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang
sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah
orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya
dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Waktu yang paling dekat antara Tuhan dengan hambanya ialah
pada pertengahan akhir malam. Jika engkau mampu untuk
menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada ketika itu
maka lakukanlah"
(Riwayat Bukhari & Muslim)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Abu Umamah r.a. bercerita:
Pernah ditanyakan
"Wahai Rasulullah, doa manakah yang paling didengar (oleh Allah)?"
Jawab baginda,"Pada pertengahan akhir malam dan sesudah tiap-tiap
solat fardu"
(Riwayat Tarmizi)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Anas r.a. menceritakan:
"Doa yang paling banyak diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah,
"Ya Allah, Tuhan kami,berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan
di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"
(Riwayat Tsalatsah)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Sabda Rasulullah s.a.w.
maksudnya:
"Barangsiapa yang pergi ke masjid dan pulang darinya, maka Allah
menyediakan untuknya tempat kediamannya di syurga,
setiap kali ia pergi dan pulang itu"
(Riwayat Bukhari)

Bao & Tok Ma

Click to get cool Animations for your MySpace profile

Dana semasa berusia 5 bulan






Papa & Mama tersayang


It's Me!!





Thursday, April 17, 2008

Hadiah terbaik

Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan

Cuba fikirkan sejenak dan insafilah siapa kita!

MUTIARA MINDA
Teringat pesan ayahanda... "sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..." Subhanallah, betapa alpa nya kami... sesungguhnya Engkau maha penerima taubat... **************************************************
Peringatan buat diriku yang sering lupa........ Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia,kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam???? Maka,adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga? Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur. Adakah kita yakin kita seorang Islam??? Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka buai perasaan... Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah.. Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah... Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun??? Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah???? Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri. Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Kita tidak takut dosa. Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam? Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut? Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar? Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat? Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela? Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah? Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang? Kita ketawa .. ** kita tidak malu pada Allah? Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... ** kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur? Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat? Kita sihat .. ** kita yakin Allah muliakan kita? Kita sakit .. ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan? Siapa Kita???? Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!! Siapa kita....???? Wallahu'alam -
JKIM :
4 ibu utama
A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu: 1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. 2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP 3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA 4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR B) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.
C) Beberapa kata renungan dari Qur'an : Orang yang tidak melakukan sholat pada :
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya Asar : Dijauhkan dari kesehatan / kekuatan Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. Isha' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnyaAl-Quran: Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain!!!

Gunakan......

Mata mu sebaik-baik pengunaan
Hidung mu sebagai pedoman
Mulut mu sebaik-baik perkataan dan makanan
Telinga mu untuk pengajaran
Tangan mu untuk pembinaan
Kaki mu untuk pengharapan
Rambut mu sebagai perhiasandan
Otak mu untuk menggulung segala kesimpulan.....

Kata azimat

Perkukuhkan bahteramu..
kerana samudera ini amat dalam,
perbanyakkanlah amalanmu..
kerana perjalanan ini amat panjang,
ikhlaskan amalanmu...
kerana pencatatmu sungguh teliti

18 Perkara
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apayang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT.
Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KELIMA.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KEENAM.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun andaakan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KETUJUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KELAPAN.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KESEMBILAN.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KESEPULUH.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KESEBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KEDUABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KETIGABELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KEEMPAT BELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:1. Rasa hormat pada diri sendiri;2. Rasa hormat kepada orang lain;3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELIMABELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KEENAMBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KETUJUHBELAS.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KELAPANBELAS.Ada ketikanya anda perlu bersendirian

Monday, April 14, 2008

Bukit Kluang Beach Resort







Besday my Mum 2007








Makan di KB Mall, Kota Bharu.






Bukit Kluang Beach Resort


Pemilihan Huruf Pertama Nama

Adakah ia benar-benar related dengan sikap dan peribadi anda?

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting.
Berikut sebagai sedikit panduan.

A) Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B) Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C) Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D) Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E) Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F) Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G) Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H) Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I) Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J) Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K) Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L) Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.
Kelemahannya, tidak menepati masa.

M) Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N) Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri

O) Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P) Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q) Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R) Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S) Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T) Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U) Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V) Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W) Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X) Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y) Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z) Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Sunday, April 6, 2008

Lawak jer...

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!-
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI

Terkini....Alin, BaO, Sona & Dana.






Friday, April 4, 2008

Bahan beracun pada lampin pakai buang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan ibu bapa supaya tidak memakaikan bayi mereka dengan lampin paki buang kerana ia mengandungi bahan kimia beracun yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.Ini memandangkan bayi sedang membentuk sistem imun dan mengalami pertumbuhan organ dan tubuh yang sihat sepanjang hayat mereka. Pendedahan kepada bahan kimia beracun boleh membantutkan perkembangan bayi dan menimbulakan masalah kesihatan dalam jangka panjang.Kulit bayi lebih nipis dan cenderung menerima kesan daripada bahan kimia yang mudah diserap masuk dalam tubuh.Lampin pakai buang diperbuat daripada bahan-bahan tiruan seperti polyethylene film bagi pelapik perlindungan plastik lampin itu, polyester (bagi lapisan atasa lampin yang poros), polypropylene (bagi pelapik lampin dan pita yang digunakan bagi mengetatkan lampin, atau untuk lapisan lampin yang paling atas), pulp fluff daripada pulpa kayu yang diawet dengan klorin (yang menghasilkan dioksin, bahan penyebab kanser sebagai hasil sampingan), sodium polyacrylate (gel bertoksik yang kuat daya serapannya) untuk lapisan dalam lampin, minyak dan resin yang berpotensi menimbulkan alergi (sebagai gam yang mengikat lampin), wangian yang memudaratkan dan bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti tributylin (salah satu bahan paling beracun pernah dihasilkan).Sebahagian daripada bahan-bahan kimia tersebutboleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi seperti ruam yang menyakitkan dan asma, serta masalah ketidaksuburan dan kanser apabila dewasa kelak.Pengeluar lampin pakai buang sering mendakwa produk mereka boleh memastikan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya. Ini berikutan penggunaan bahan kimia sodium polyacrylate, sejenis gel yang terdapat dalam bahagian tengah lampin yang menjauhkan air daripada kulit bayi. Ini dimasukkan ke dalam lampin dalam bentuk serbuk berbiji yang bertukar menjadi gel apabila basah. Juga dikenali sebagai kristal polimer, sodium polyacrylate boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah.Pengguanan sodium polyacrylate dalam lampin pakai buang memudahkan tugas ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi. Namun begitu ia menyebabkan bayi ditumbuhi ruam kerana terdedah kepada bahan-bahan kimia yang diserap, pertumbuhan bakteria dan ammonia daripada air kencing yang terkumpul dalam lampin. Pada masa yang sama ia juga menarik lembapan (bukan air kencing saja) daripada kulit bayi yang menggalakkan kegatalan kulit.Bahan ini dilaporkan boleh menyebabkan radangan kulit yang teruk, pendarahan daripada tisu-tisu perineum dan scrotal, demam, muntah dan jangkitan staph di kalangan bayi.
SUMBER: UTUSAN PENGGUNA(MAC-APRIL 2007)

Bersama Sona

Click to get cool Animations for your MySpace profile







Raya Korban 2007

Ini adalah gambar ahli keluarga saya. gambar ini diambil pada hari Raya Korban 2007. Dari kiri bawah, adalah Amy, adik bongsu, Aiman, Sufi(anak buah), kiri barisan tengah pula, adalah Boy(abang sulung), Papa, Mama, Alin & BaO(anak buah) dan dari barisan kiri atas adalah saya, Amar, Ikwan, Nd, Sona & Nora.
Click to get cool Animations for your MySpace profile

Thursday, April 3, 2008

Detik Berlalu

Jam berdetik memanggil nama
Entah siapa hendak bertanya
Jikalau ada ataupun tiada
Aku jua masih kekal
Selamanya
Tidak pernah jiwa bertanya
Bilakah lahir dan bilakah pergi?
Hanya menuju ke hujung dunia
Tika masih wujud
Di bumi fana ini
Berjalan-jalan tanpa arah tujuan
Yang difikirkan cumalah satu
bilakah waktu akan berhenti
Untuk membawa diri ini pergi
Pergi jauh dari sini
Jauh dari kedukaan
Jauh dari kerinduan
Sayu diriku tika sampai waktunya
Maaf dipinta dicucuri duka
Tangisan keampunan melimpahi pipi
Aku yang kan tiada diharap jua
Tiada kerinduan
Masih ada kemaafan…

Hari Konvensyen aku 2004

Click to get cool Animations for your MySpace profile


Wan Danish Ariff ketika sakit




Sona meningkat usia