CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, April 22, 2008

Penetapan Matlamat

Setiap insan impikan masa depan yang penuh kejayaan, kemakmuran dan kesempurnaan. Segalanya yang anda impikan boleh digambarkan di dalam fikiran. Penuh dengan kegembiraan dan kecemerlangan.
Penetapan matlamat di dalam kehidupan amat penting kerana ianya akan menjadi pendorong kepada anda mendapat apa sahaja yang anda impikan. Matlamat anda ini secara tidak langsung akan membina sikap yang positif dan memberi kekuatan kepada anda untuk mencapainya.
Kata pujangga, "Kalau kita tidak ada matlamat, maka setiap arah merupakan matlamatnya".
Contohnya, kalau anda memandu kereta dari Miri ke Kuching. Matlamatnya adalah untuk tiba di Kuching. Di sepanjang perjalanan anda akan menempuh liku-liku jalanan. Dengan pemanduan yang cermat dan hati-hati, anda akan tiba di Kuching dengan selamatnya.
Setiap matlamat mesti mempunyai titik permulaan dan pencapainnya di mana kejayaan adalah ukurannya. Bagaimana anda boleh membina keyakinan diri dengan matlamat anda?
Tetapkan masaTentukan jangka masa untuk anda mencapai matlamat anda. Mungkin dua jam, satu minggu atau satu tahun. Contohnya, mendapat pangkat satu dalam SPM 1998 atau akan menghabiskan sukatan ulangkaji satu bulan sebelum peperiksaan. Rancangkanlah penggunaan masa supaya anda tidak terpesong daripada matlamat anda oleh sifat suka bertangguh, hilang tujuan, kekuatan was-was dan kerisauan.
Mengetahui kekuatan diriAnda mesti mengetahui kekuatan diri anda dari segi pengetahuan, kemampuan, kemahiran dan sumber-sumber lain. Apabila anda dapat mengenal pasti kekuatan diri, anda akan lebih berkeyakinan merancang tindakan anda. Anda perlu mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengubah diri anda dari dalam dan bersiap sedia menjauhi atau mengatasi halangan yang menanti.
Mengenalpasti kelemahan diriMengetahui kelemahan diri bukannya mencari alasan tidak melakukan sesuatu tetapi untuk mengenal pasti cara mengatasinya. Kebanyakan orang mewujudkan keterbatasan dan kelemahan diri sebagai alasan. Selalulah bandingkan diri anda dengan orang lain. Sekiranya anda mempunyai kelebihan itu adalah satu kurniaan dan jika ada kelemahan, cuba atasinya. Jadilah orang yang cemburu dengan kejayaan orang lain tanpa menjatuhkannya tetapi baikilah diri untuk menjadi sepertinya.
Ramai antara kita mempunyai matlamat tanpa memikirkan sama ada ianya sesuai atau tidak dengan kemampuan untuk mencapainya. Adakah matlamat itu akan menjadi suatu impian atau angan-angan semata-mata. Ciri-ciri suatu matlamat mestilah mempunyai kriteria berikut :
JelasMatlamat anda harulah jelas, terang dan nyata. Bukannya kabur. Contohnya mendapat cemerlang 1(A1) dalam matapelajaran Matematik bukannya setakat lulus sahaja.
MencabarBila anda menetapkan matlamat, biarlah ianya mencabar keupayaan anda iaitu sukar untuk dicapai tetapi tidak mustahil untuk dicapai. Bila ianya mencabar keupayaan anda, anda akan menjadi lebih kreatif, lebih bersemangat, lebih berusaha dan lebih kuat dorongan untuk mencapainya.
Boleh diukurMatlamat anda harus boleh diukur apabila telah tiba jangka masa yang ditetapkan. Contohnya, bila keputusan SPM diumumkan adakah ianya mencapai sebagaimana matlamat anda? Ketika inilah anda boleh menilai keupayaan anda yang sebenarnya.Untuk menjadi seorang yang benar-benar berjaya, anda mestilah membina satu sikap keyakinan diri yang tinggi pada diri dan kemampuan anda. Anda paerlu merancang kerana perancangan yang teratur dapat mengurangkan sikap anda yang suka menangguhkan sesuatu tindakan. Anda perlu mengenali diri anda dan sekiranya anda menyayangi diri anda, tentunya anda tidak akan membiarkan diri anda menderita di masa depan. Tetapkan matlamat anda dan bersedialah untuk mengambil langkah-langkah seturusnya ke arah pencapaian kejayaan dan masa depan yang lebih gemilang. Inglatlah kata pujangga, "Orang bijaksana adalah orang yang mampu mengenal keupayaan dirinya".
Goals are the vehicles whereby we can become someone more than we already are. We need goals, not for what they get for us but for what they do for us.

0 comments: