Monday, April 28, 2008
Ghaib di Mekah,Muncul di Pahang
Posted by Cinderella at 2:47 PM 0 comments
Labels: Cerita Aneh
Tuesday, April 22, 2008
Penetapan Matlamat
Penetapan matlamat di dalam kehidupan amat penting kerana ianya akan menjadi pendorong kepada anda mendapat apa sahaja yang anda impikan. Matlamat anda ini secara tidak langsung akan membina sikap yang positif dan memberi kekuatan kepada anda untuk mencapainya.
Kata pujangga, "Kalau kita tidak ada matlamat, maka setiap arah merupakan matlamatnya".
Contohnya, kalau anda memandu kereta dari Miri ke Kuching. Matlamatnya adalah untuk tiba di Kuching. Di sepanjang perjalanan anda akan menempuh liku-liku jalanan. Dengan pemanduan yang cermat dan hati-hati, anda akan tiba di Kuching dengan selamatnya.
Setiap matlamat mesti mempunyai titik permulaan dan pencapainnya di mana kejayaan adalah ukurannya. Bagaimana anda boleh membina keyakinan diri dengan matlamat anda?
Tetapkan masaTentukan jangka masa untuk anda mencapai matlamat anda. Mungkin dua jam, satu minggu atau satu tahun. Contohnya, mendapat pangkat satu dalam SPM 1998 atau akan menghabiskan sukatan ulangkaji satu bulan sebelum peperiksaan. Rancangkanlah penggunaan masa supaya anda tidak terpesong daripada matlamat anda oleh sifat suka bertangguh, hilang tujuan, kekuatan was-was dan kerisauan.
Mengetahui kekuatan diriAnda mesti mengetahui kekuatan diri anda dari segi pengetahuan, kemampuan, kemahiran dan sumber-sumber lain. Apabila anda dapat mengenal pasti kekuatan diri, anda akan lebih berkeyakinan merancang tindakan anda. Anda perlu mengetahui langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengubah diri anda dari dalam dan bersiap sedia menjauhi atau mengatasi halangan yang menanti.
Mengenalpasti kelemahan diriMengetahui kelemahan diri bukannya mencari alasan tidak melakukan sesuatu tetapi untuk mengenal pasti cara mengatasinya. Kebanyakan orang mewujudkan keterbatasan dan kelemahan diri sebagai alasan. Selalulah bandingkan diri anda dengan orang lain. Sekiranya anda mempunyai kelebihan itu adalah satu kurniaan dan jika ada kelemahan, cuba atasinya. Jadilah orang yang cemburu dengan kejayaan orang lain tanpa menjatuhkannya tetapi baikilah diri untuk menjadi sepertinya.
Ramai antara kita mempunyai matlamat tanpa memikirkan sama ada ianya sesuai atau tidak dengan kemampuan untuk mencapainya. Adakah matlamat itu akan menjadi suatu impian atau angan-angan semata-mata. Ciri-ciri suatu matlamat mestilah mempunyai kriteria berikut :
JelasMatlamat anda harulah jelas, terang dan nyata. Bukannya kabur. Contohnya mendapat cemerlang 1(A1) dalam matapelajaran Matematik bukannya setakat lulus sahaja.
MencabarBila anda menetapkan matlamat, biarlah ianya mencabar keupayaan anda iaitu sukar untuk dicapai tetapi tidak mustahil untuk dicapai. Bila ianya mencabar keupayaan anda, anda akan menjadi lebih kreatif, lebih bersemangat, lebih berusaha dan lebih kuat dorongan untuk mencapainya.
Boleh diukurMatlamat anda harus boleh diukur apabila telah tiba jangka masa yang ditetapkan. Contohnya, bila keputusan SPM diumumkan adakah ianya mencapai sebagaimana matlamat anda? Ketika inilah anda boleh menilai keupayaan anda yang sebenarnya.Untuk menjadi seorang yang benar-benar berjaya, anda mestilah membina satu sikap keyakinan diri yang tinggi pada diri dan kemampuan anda. Anda paerlu merancang kerana perancangan yang teratur dapat mengurangkan sikap anda yang suka menangguhkan sesuatu tindakan. Anda perlu mengenali diri anda dan sekiranya anda menyayangi diri anda, tentunya anda tidak akan membiarkan diri anda menderita di masa depan. Tetapkan matlamat anda dan bersedialah untuk mengambil langkah-langkah seturusnya ke arah pencapaian kejayaan dan masa depan yang lebih gemilang. Inglatlah kata pujangga, "Orang bijaksana adalah orang yang mampu mengenal keupayaan dirinya".
Goals are the vehicles whereby we can become someone more than we already are. We need goals, not for what they get for us but for what they do for us.
Posted by Cinderella at 10:17 PM 0 comments
Labels: Info
Friday, April 18, 2008
Rintihan seorang hamba...
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku terimalah taubatku
Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar
الهى لست للفردوس اهلا
ولا اقوى على النار الجحيم
فهب لي توبة واغفرذنوبي
فانك غافر الذنب العظيم
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh tuhanku
Wahai tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba
Yang mengharap
Belas dariMu…
Posted by Cinderella at 7:13 PM 0 comments
Labels: Info
Petikan Kitab & Riwayat
"Dari keimanan itu terpancarnyahal-hal kebaikan"
(Riwayat Bukhari)
---------------------------------------------------------------------------
Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya:
"Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan
bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan"
(Riwayat Bukhari)
---------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa"
(Petikan kitab Imam Ghazali)
---------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan
sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan"
(Petikan kitab Imam Ghazali)
-------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan 'Hai Kafir',
padahal yang dipanggil itu tidak sedemikian,
maka akan kembali kepada diri sipemanggil itu sendiri"
(Riwayat Bukhari & Muslim)
-----------------------------------------------------------------------------------------------Dari Abdullah bin Amru
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah membenci mereka yang berlagak fasih dalam
berkata-kata, yang mempermainkan lidahnya bagaikan lembu memainkan lidah"
(Riwayat Abu Daud & Tarmizi)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Nilai seseorang itu dapat diukur dari (tahap) agama yang dipegang
oleh sahabat karibnya, oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat dalam pergaulan"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Abdullah Ibnu Mas'ud r.a
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Baragsiapa yang bertakziah kepada orang yang tertimpa musibah,
maka ia mendapat pahala seperti yang diperolehinya"
(Riwayat Tarmizi, Ibnu Majah & Hakim)
-------------------------------------------------------------------------------------------------Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Aku belum pernah melihat sesuatu permandangan yang lebih
mengerikan dan lebih menakutkan daripada pemandangan alam kubur"
(Riwayat Tarmizi)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Sesungguhnya kamu kelak di akhirat akan dipanggil dengan nama
kamu dan nama bapa kamu, kerana itu perindahkanlah nama kamu"
(Riwayat Abu Daud)
-------------------------------------------------------------------------------------------------Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya tetapi tidak
bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)
-------------------------------------------------------------------------------------------------Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Yang paling berat menerima seksaan di hari kiamat ialah
orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)
-------------------------------------------------------------------------------------------------Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa membantu dalam kederhakaan walaupun hanya
melalui sepatah kata, ia termasuk turut terlibat di dalamnya"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa merendahkan diri di hadapan orang kaya yang salih
hanya kerana kekayaannya, maka dua pertiga dari agamanya hilang lenyap"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Ada lima perkara yang wajib dipenuhi oleh seorang muslim terhadap
saudaranya iaitu menjawab salam, mendoakan orang yang bersin,
memenuhi undangan, menjenguk orang sakit dan menghantar jenazah"
(Riwayat Khamsah)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Seseorang di antara kamu pasti diperkenankan (doanya) selagi
dia tidak terburu-buru dengan mengatakan "Aku telah
berdoa tetapi belum juga dimakbulkan"
(Riwayat Arba'ah)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya:
"Orang yang memulakan memberi salam adalah
terlepas dari sifat sombong dan takabbur"
(Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Siapa yang benar beriman kepada Allah dan hari kemudian maka janganlah
mengganggu jirannya dan berpesan-pesan baiklah kamu terhadap jiran"
(Riwayat Bukhari)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Keimanan itu mempunyai enam puluh lebih cabangnya.
Adapun perasaan malu melakukan maksiat adalah salah satu dari
cabang keimanan"
(Riwayat Bukhari)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"(Meninggalkan rasa dengki) merupakan sunnahku, barangsiapa yang
menghidupkan sunnahku maka sesungguhnya ia mencintaiku,
dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia bersamaku di dalam syurga"
(Riwayat Tarmizi)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Orang yang paling berbahagia di hari kiamat kelak kerana mendapat
syafaatku ialah orang yang mengucapkan kalimah
Laa ilaaha illallah dengan ikhlas dari lubuk hatinya atau dari dalam jiwanya"
(Riwayat Bukhari)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Orang yang paling ku utamakan kelak di hari kiamat ialah
orang yang paling banyak berselawat kepadaku"
(Riwayat Tarmizi & Ibnu Hibban)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Bukanlah dari umatku barangsiapa yang merosakkan seorang
isteri iaitu menghasutnya supaya menderhakai suaminya"
(Riwayat Abu Daud)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Sesungguhnya Allah menerima taubat seseorang hamba
sebelum nyawanya sampai di kerongkong"
(Riwayat Tarmizi, Ahmad & Hakim)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum
terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Dosa-dosa besar itu ialah menyekutukan Allah, berani menentang
orang tua, membunuh seseorang bukan pada haknya dan bersumpah palsu"
(Riwayat Bukhari)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Termasuk dalam golongan dosa-dosa besar ialah jika
seseorang memaki-maki kedua ibubapanya sendiri"
(Muttafaq'alaih)
Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang
mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan
solat (wajib dan sunat),dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan
selalu taat kepadaNya secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Aku berdiri di pintu syurga, ternyata sebahagian besar manusia yang
memasukinya adalah kaum fakir miskin"
(Riwayat Syaikhain)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Janganlah kamu banyak berbicara tanpa berzikir kepada Allah,
kerana sesungguhnya itu mengakibatkan hati menjadi keras.
Sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah
ialah orang yang berhati keras"
(Riwayat Tarmizi)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Sabda Rasulullah s.a.w.
"Aku tinggalkan dua perkara untuk kamu yang menjadikan
tidak sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya,
iaitu kitabullah (Al Quran) dan sunah rasulNya"
(Riwayat Malik)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu,
nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Sekali-kali Allah tidak akan menerima sesuatu amalan yang
di dalamnya terdapat sebesar biji sawi dari sifat riak"
(Riwayat Al-Mundziri)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Barangsiapa yang menuntut ilmu maka hal itu merupakan
kifarat (penebus) bagi dosa-dosa yang telah lalu"
(Riwayat Tarmizi)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Peliharalah dirimu dari api neraka dengan bersedekah
(walau) separuh dari biji kurma, dan kalau tidak dapat
sedekah itu,maka keluarkanlah kata-kata yang baik"
(Riwayat Bukhari & Muslim)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku
di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang
sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah
orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya
dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya:
"Waktu yang paling dekat antara Tuhan dengan hambanya ialah
pada pertengahan akhir malam. Jika engkau mampu untuk
menjadi orang yang berzikir kepada Allah pada ketika itu
maka lakukanlah"
(Riwayat Bukhari & Muslim)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Abu Umamah r.a. bercerita:
Pernah ditanyakan
"Wahai Rasulullah, doa manakah yang paling didengar (oleh Allah)?"
Jawab baginda,"Pada pertengahan akhir malam dan sesudah tiap-tiap
solat fardu"
(Riwayat Tarmizi)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari Anas r.a. menceritakan:
"Doa yang paling banyak diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. ialah,
"Ya Allah, Tuhan kami,berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan
di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"
(Riwayat Tsalatsah)
------------------------------------------------------------------------------------------------
Sabda Rasulullah s.a.w.
maksudnya:
"Barangsiapa yang pergi ke masjid dan pulang darinya, maka Allah
menyediakan untuknya tempat kediamannya di syurga,
setiap kali ia pergi dan pulang itu"
(Riwayat Bukhari)
Posted by Cinderella at 6:51 PM 0 comments
Labels: Info
Thursday, April 17, 2008
Hadiah terbaik
Posted by Cinderella at 12:57 AM 0 comments
Labels: Mutiara kata
Cuba fikirkan sejenak dan insafilah siapa kita!
Posted by Cinderella at 12:46 AM 0 comments
Labels: Mutiara kata
Gunakan......
Posted by Cinderella at 12:42 AM 0 comments
Labels: Mutiara kata
Kata azimat
Perkukuhkan bahteramu..
kerana samudera ini amat dalam,
perbanyakkanlah amalanmu..
kerana perjalanan ini amat panjang,
ikhlaskan amalanmu...
kerana pencatatmu sungguh teliti
18 Perkara
PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting apabila usia semakin tua.
KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apayang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu
KEEMPAT.
Apabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
KELIMA.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
KEENAM.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun andaakan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
KETUJUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
KELAPAN.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
KESEMBILAN.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
KESEPULUH.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
KESEBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
KEDUABELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.
KETIGABELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
KEEMPAT BELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:1. Rasa hormat pada diri sendiri;2. Rasa hormat kepada orang lain;3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELIMABELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
KEENAMBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
KETUJUHBELAS.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
KELAPANBELAS.Ada ketikanya anda perlu bersendirian
Posted by Cinderella at 12:35 AM 0 comments
Labels: Mutiara kata
Monday, April 14, 2008
Pemilihan Huruf Pertama Nama
Adakah ia benar-benar related dengan sikap dan peribadi anda?
Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting.
Berikut sebagai sedikit panduan.
A) Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.
B) Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.
C) Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
D) Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
E) Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.
F) Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
G) Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.
H) Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
I) Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
J) Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
K) Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.
L) Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja.
Kelemahannya, tidak menepati masa.
M) Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.
N) Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri
O) Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.
P) Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kretif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.
Q) Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.
R) Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.
S) Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.
T) Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
U) Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
V) Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.
W) Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
X) Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.
Y) Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Z) Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.
Posted by Cinderella at 3:43 PM 0 comments
Labels: Info
Sunday, April 6, 2008
Lawak jer...
SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.
SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit
SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!-
SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....
SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL:Kan aku kata, sebab gula dah habislah
SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!
SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...
SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI
Posted by Cinderella at 7:34 PM 0 comments
Labels: Lawak Jenaka
Friday, April 4, 2008
Bahan beracun pada lampin pakai buang
Posted by Cinderella at 9:44 PM 0 comments
Labels: Info
Raya Korban 2007
Ini adalah gambar ahli keluarga saya. gambar ini diambil pada hari Raya Korban 2007. Dari kiri bawah, adalah Amy, adik bongsu, Aiman, Sufi(anak buah), kiri barisan tengah pula, adalah Boy(abang sulung), Papa, Mama, Alin & BaO(anak buah) dan dari barisan kiri atas adalah saya, Amar, Ikwan, Nd, Sona & Nora.
Posted by Cinderella at 8:40 PM 0 comments
Labels: family
Thursday, April 3, 2008
Detik Berlalu
Jam berdetik memanggil nama
Entah siapa hendak bertanya
Jikalau ada ataupun tiada
Aku jua masih kekal
Selamanya
Tidak pernah jiwa bertanya
Bilakah lahir dan bilakah pergi?
Hanya menuju ke hujung dunia
Tika masih wujud
Di bumi fana ini
Berjalan-jalan tanpa arah tujuan
Yang difikirkan cumalah satu
bilakah waktu akan berhenti
Untuk membawa diri ini pergi
Pergi jauh dari sini
Jauh dari kedukaan
Jauh dari kerinduan
Sayu diriku tika sampai waktunya
Maaf dipinta dicucuri duka
Tangisan keampunan melimpahi pipi
Aku yang kan tiada diharap jua
Tiada kerinduan
Masih ada kemaafan…
Posted by Cinderella at 11:12 PM 0 comments
Labels: Sajak